Kerjaya kelab Felipe Gutiérrez

Universidad Catolica

Gutiérrez memulakan kerjaya remajanya di Everton del Mar pada 2004. Empat tahun kemudian, beliau berpindah ke kelab Universidad Catolica. Gutiérrez membuat debut profesional pada 2009 ketika baru berusia 18 tahun. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menentang San Pedro de Atacama, pasukannya menang 4-0.

FC Twente

Pada 12 Jun 2012, beliau disahkan telah menandatangani FC Twente dengan bayaran sebanyak $3.7 juta. Beliau membuat debut untuk Twente pada 2 Ogos 2012 pada pusingan ketiga kelayakan Liga Europa menentang FK Mlada Boleslav. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Twente pada 30 Ogos 2012 pada perlawanan play-off Liga Europa menentang Bursaspor dan pasukannya layak ke peringkat kumpulan.